Sudah pukul 3 pagi , tapi kenapa susah aku nak tidur ? Hurm , tak pe lah bukak twitter jap *guna i-touch* . Tetiba terbaca ; Early recording tomoro at tune studios KLANG. Muka ampang boys terus T_T - Anas Amdan . KLANG ?! Boleh pegi ni . Tp , tune studio kat mana ntah ? *google* dan result google mengatakan bahawa tune studio tuh dkt Habour Place . Habour Place ?! Bapak ah ! Dekat je kot ~ Dengan tangan menggeletar terus bukak Facebook nak cari mangasa ke-excited-an aku . Haaa , Azri je ni yang online . Pastu aku pun meluahkan ke-excited-an aku dkt dia . Tp, what do u expect kalau luahkan kat laki yedokk ? Disebabkan tidak puas hati , aku bangun dan buka lampu lalu mencari handphone yang ntah kemana malam - malam buta ni . Yes , jumpa ! Lalu aku pun menelefon Shafiqah . Aku meluahkan ke-excited-an aku selama 1 minit 46 saat . Fuhhh, kene bangun awal esok ! Keesokkan pagi , aku bangun seawal 9 pagi semata - mata mahu berjumpa dgn Aizat Amdan dan juga Anas Amdan ! Tapi , alasan apa yang aku perlu bagi untuk mereka bawa aku pergi ke Habour Place . Hurmm... Lalu aku turun dan ., ' Ma, adik nak pg Daiso pukul 11.30 nnt eh ?' Pagi - pagi aku dah kelentong mama ==' Mama ckp 'Pegi je lah sekarang , sekarang tak banyak org', sambil menelan air liur aku membalas ' Tak nak , nak pg pukul 11.30 jugak '. Apabila mama bertanyakan kenapa mesti 11.30 , aku hanya membalas dgn senyuman . Semasa aku bersiap untuk ke Habour Place , kakak dan along menegur aku 'Nak pg Daiso je kot~' Aku mengambil masa yang agak lama untuk bersiap untuk berjumpa dgn Aizat dan Anas . Tapi , aku rasa aku tetap hodoh =..= Tiba - tiba hari ni , rambut aku tidak mahu bekerjasama pulak *sigh* . Pada pukul 11.15 aku bertolak dari rumah bersama mama dan kakak . Dengan perasaan yang berdebar - debar , aku pun memberitahu mereka tujuan aku sebenar apabila sudah separuh perjalanan kami untuk sampai ke Habour Place . Pastu kakak memarahi aku kerana tidak memberi tahu perkara yang sebenar kerana dia boleh menangkap gambar aku bersama mereka menggunakan DSLRnya . Setibanya kami di Habour Place , kakak tidak mahu pergi ke tune studio kerana ramai lelaki disana katanya semasa kami mengintai dari jauh . Dia pun mencadangkan aku menelefoni Raziff dan Azim untuk mereka menolong aku mendapatkan tanda tangan Aizat . Ya , mereka setuju untuk datang walaupun mereka tgh busy melayan diri . Sementara aku menunggu mereka tiba , kakak menyuruh aku untuk mengintai dari sudut yang lebih dekat . Jadi , aku pun membuat poker face untuk mengintai Aizat dan Anas ade ke tak dekat situ . Pandang kiri , kanan , kiri *mata terbeliak* brummmmm aku lari ke arah kakak dan menjerit dgn nada yang perlahan 'Aizat ! Aizat! Oh my god , oh my god !' Apabila Raziff dan Azim tiba , mereka membawa aku kearah Aizat . Tetapi , ketika itu , Aizat sedang menukar baju jadi Raziff mematikan langkahnya kerana dia rasa rude jika meminta autograph ketika Aizat menukar baju . Selepas Aizat selesai , aku dgn Raziff pergi ke arahnya . Degupan jantung aku seperti aku baru selesai berlari 100 meter dan mendapat no 3 ! Laju bukan ?! Fuihhh ! Semasa Aizat menanda tangani di buku aku , dia kata 'lepas ni ada show , jom lah tgk'. *kelip mata* Aku rasa mcm bermimpi sahaja . Aizat Amdan ajak aku tgk show dia kot ! Ya Allah , Alhamdulillah . Tapi , malangnya aku ada kelas seni pada pukul 12 . Kenapa tiba - tiba ada kelas seni pukul 12 ?! Haish ! Apa apa pun , aku dapat berjumpa dgn mereka dan aku berharap dpt berjumpa dengan mereka lagi lain kali ! :) Akan aku tangkap gambar aku dan mereka menggunakan DSLR supaya gambar lebih jelas ! Muahhahahahha ! Seronoknya !! :D Semoga kita ketemu lagi Aizat Amdan dan Anas Amdan ! :)
P/S: Terima kasih Raziff dan Azim kerana sanggup dtg . Terima kasih Aizat dan Anas kerana sanggup melayan kerenah saya :)
Auni Ismalia



