Saturday, December 10, 2011

Sekarang baru tahu

Semalam , aku pergi tengok Ombak Rindu bersama baba , mama , along , kakak , mak teh dan pak teh . Kite orang ade 2 tiket extra since Abg Khairi dan Kak Atiyah tak jd ikut . Bila balik baru aku terfikir , sebenarnya aku dah boleh ajak si Naimah tuh =,= Cerita tuh overall best ! Tapi baca novel dia lagi best :) Ombak Rindu ialah novel pertama yang aku berjaya khatam :) Rasenye masa tuh darjah tiga . Lamakan ? *kening kening* Tapi , aku tak baca sambungan cerita Ombak Rindu tuh sebab Mama kata tak best . So , yeahh .

Sekarang baru aku tahu kenapa mentaliti orang Malaysia bukan ditahap 'A' . Lepas wayang , mestilah kene keluar dari panggungkan ? Jadi , aku pun tolonglah pegangkan pintu tuh sampai semua orang habis keluar . I repeat , sampai semua orang habis keluar . Bukan nak berlagak aku buat baik . Persoalannye sekarang , semua orang yang keluar daripada pintu yang aku pegangkan tuh , tiada seorang pun yang mengucapkan terima kasih . Apetah lagi nak menyedekahkan sebuah senyuman . Hari ni , aku pergi ke GM Klang . Aku buat perkara yang sama . Bila nak bukak pintu nak masuk atau keluar , aku pegang pintu tuh sampai tiada orang nak keluar / masuk . Perkara yang sama berlaku malam semalam . Tiada siapa yang mengucapkan terima kasih apetah lagi menyedekahkan sebuah senyuman . Malah aku yang menyedehkan sebuah senyuman kepada mereka . Bukan nak berlagak kononnye aku punya pemikiran berada di ditahap 'A' , tapi renung renung kan lah wahai rakyat Malaysia . Aku pernah berlancong ke Amerika Syarikat . Tapi seorang pun aku tidak pernah tgk membuka pintu hanya untuk dirinya sendiri sahaja . Malah jika dia berdiri berhampiran dgn pintu , dia akan membukakan pintu dan menyedekahkan senyuman kepada org yang mahu masuk / keluar dari sesuatu tempat . Aku berharap agar mentaliti orang Malaysia akan berada dia tahap 'A' secepat yang mungkin . Kurangkanlah sifat mementingkan diri sendiri wahai kawan - kawan sekalian . Sesungguhnya hidup akan menjadi lebih baik jika kita tidak mengamalkan sifat mementingkan diri sendiri .

P/S : Isnin ni aku akan berlancong di Penang ~ Hehehhe :D

Auni Ismalia

2 comments:

  1. adik bukan berlancong tapi melancong. betulkan. siapakah cikgu bahasa melayu yang ajar adik tu

    ReplyDelete
  2. terbaik la adik! phewitt~

    ReplyDelete