Sekarang baru aku tahu kenapa mentaliti orang Malaysia bukan ditahap 'A' . Lepas wayang , mestilah kene keluar dari panggungkan ? Jadi , aku pun tolonglah pegangkan pintu tuh sampai semua orang habis keluar . I repeat , sampai semua orang habis keluar . Bukan nak berlagak aku buat baik . Persoalannye sekarang , semua orang yang keluar daripada pintu yang aku pegangkan tuh , tiada seorang pun yang mengucapkan terima kasih . Apetah lagi nak menyedekahkan sebuah senyuman . Hari ni , aku pergi ke GM Klang . Aku buat perkara yang sama . Bila nak bukak pintu nak masuk atau keluar , aku pegang pintu tuh sampai tiada orang nak keluar / masuk . Perkara yang sama berlaku malam semalam . Tiada siapa yang mengucapkan terima kasih apetah lagi menyedekahkan sebuah senyuman . Malah aku yang menyedehkan sebuah senyuman kepada mereka . Bukan nak berlagak kononnye aku punya pemikiran berada di ditahap 'A' , tapi renung renung kan lah wahai rakyat Malaysia . Aku pernah berlancong ke Amerika Syarikat . Tapi seorang pun aku tidak pernah tgk membuka pintu hanya untuk dirinya sendiri sahaja . Malah jika dia berdiri berhampiran dgn pintu , dia akan membukakan pintu dan menyedekahkan senyuman kepada org yang mahu masuk / keluar dari sesuatu tempat . Aku berharap agar mentaliti orang Malaysia akan berada dia tahap 'A' secepat yang mungkin . Kurangkanlah sifat mementingkan diri sendiri wahai kawan - kawan sekalian . Sesungguhnya hidup akan menjadi lebih baik jika kita tidak mengamalkan sifat mementingkan diri sendiri .
P/S : Isnin ni aku akan berlancong di Penang ~ Hehehhe :D
Auni Ismalia
adik bukan berlancong tapi melancong. betulkan. siapakah cikgu bahasa melayu yang ajar adik tu
ReplyDeleteterbaik la adik! phewitt~
ReplyDelete